Selamat Datang ke Yayasan Al-Amin
YAYASAN AL AMIN sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (PPAB-02/2006) di mana ia menyediakan kemudahan asrama serta persekolahan bagi anak-anak yatim dan tahfiz. Yayasan Al-Amin ini juga ditubuhkan untuk menjaga bahagian pendidikan dan merupakan kesinambungan Sekolah Rendah Islam Pintar Al-Amin & Maahad Sains Al-Quran Al-Amin.
Penubuhan Yayasan Al-Amin ini adalah untuk membina sebuah universiti wakaf Al-Amin bagi memberi pendidikan percuma kepada anak-anak orang Islam. Selain itu, penubuhan Yayasan Al-Amin ini adalah bertujuan untuk menyediakan individu-individu yang berkualiti dalam bidang tertentu untuk pembangunan negara.