RUMAH PERLINDUNGAN HIV MUSLIM DARUL UKHWAH

Darul Ukhwah merupakan sebuah rumah kebajikan yang memberi perlindungan, penjagaan dan pemuliharaan kepada pesakit-pesakit HIV muslim. Ianya bernaung di bawah Yayasan Al-Ijabah. Alhamdulillah sejak memulakan operasi pada Ogos 2009 sehingga kini seramai 31 orang telah tinggal bersama-sama Darul Ukhwah. Sebelum ini, hampir majoriti pesakit adalah penghuni di salah sebuah gereja yang bertempat di Batu Arang, Selangor.

Pelbagai aktiviti yang berbentuk kerohanian dan kemasyarakatan dirancang dan akan diadakan. Penglibatan dan sokongan yang diberi oleh pelbagai pihak seperti Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan sebagainya menguatkan lagi azam pihak pengurusan untuk menyusun pelbagai aktiviti bagi manfaat dan kebaikan penghuni.

Oleh itu, sebagai usaha untuk mengurang atau menghilang stigma masyarakat kepada pesakit-pesakit HIV, pihak pengurusan Darul Ukhwah akan menganjurkan program 'Jangan Tinggal Daku' dan 'kembara Ukhwah' yang bertujuan untuk mendekatkan masyarakat kepada penghuni-penghuni Darul Ukhwah seterusnya mengikis sikap diskiminasi masyarakat daripada terus membelenggu golongan ini.



Pihak Darul Ukhwah juga menerima sumbangan ikhlas dari semua pihak yang ingin turut serta membantu rumah perlindungan ini. Jenis - jenis sumbangan yang diterima adalah seperti ;

- SEDEKAH

- DERMA

- ZAKAT

- FIDYAH

- WANG SYUBHAT (UNTUK PRASARANA)


Bagi individu yang ingin memberikan sumbangan kepada Darul Ukhwah sumbangan boleh

melalui :

PENGURUSAN UKHWAH

NO AKAUN :  562272601654

MAYBANK


Bagi individu yang tinggal luar dari kawasan Selangor dan ingin menyumbang kepada Darul Ukhwah cek boleh ditulis atas nama  PENGURUSAN UKHWAH kemudian poskan ke :


RUMAH PERLINDUNGAN HIV MUSLIM DARUL UKHWAH

NO14M JALAN TENGKU AMPUAN ZABEDAH K9/K

SEKSYEN 9 40100 SHAH ALAM

SELANGOR DARUL EHSAN