Maahad Sains Al-Quran Al-Amin
Maahad Sains Al-Quran Al-Amin adalah sebuah sekolah tahfiz yang mengabungkan antara al-Quran, agama dan akademik.Pada tahun 1998, tertubuhlah sebuah sekolah iaitu Sekolah Rendah Islam Pintar Al-Amin. Sekolah ini didaftarkan di Jabatan Pengajian Swasta dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) (No. Pendaftaran SPS/PRP/08/(SEM)-103). Setelah tamat darjah enam, para pelajar akan memasuki sekolah-sekolah menengah sekitar Subang Jaya.Terdapat permintaaan yang banyak untuk pihak kami menubuhkan sekolah menengah. Akhirnya pada tahun 2008, pihak kami berusaha untuk menubuhkan sekolah menengah. Ia dinamakan Sekolah Maahad Sains Al-Quran Al-Amin. Sekolah ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) (Np. Pendaftaran (09) dlm.JAI.SEL.BP103/05/083/01).
SUMBANGAN KEWANGAN
Sumbangan kewangan sekolah adalah seperti berikut :
- Sebahagian dari yuran orang yang mampu membayar yuran. Peratusannya adalah 35% dari perbelanjaan sekolah
- Sumbangan orang ramai dan badan-badan korporat sebanyak 65%.
Pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai dalam apa juga bentuk. Sumbangan boleh dibuat melalui :-
Cek di atas nama :MAAHAD SAINS AL-QURAN AL-AMIN
Atau melalui akaun di atas nama:MAAHAD SAINS AL-QURAN AL-AMIN
NO AKAUN : 5622 7230 2354 MAYBANK