Tersentuh hati apabila melihat keadaan dan suasana saudara kita di Pantai Timur bagaimana mereka diuji dengan keadaan banjir sehingga menjejaskan kehidupan harian mereka.
.
Ada yang hilang harta benda dan ada juga yang hilang keluarga dan saudara.
.
Lama juga saya menetap di bumi Kelantan ketika saya belajar di Maahad Muhammadi, Nilam Puri dan juga berulang ke Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.
.
Alhamdulillah, kini saya sedang menyusun untuk misi bantuan ke Pantai Timur.
.
Bagi yang ingin bersama-sama dalam misi bantuan banjir boleh bersama-sama dengan yayasan al-Amin.
.
Kami Yayasan al-Amin merasa terpanggil ingin mengajak tuan-tuan untuk bersama-sama dalam membantu dan memperjuangkan dengan seluruh kemampuan sumbangan untuk mangsa yang terkandas banjir.
Dengan bantuan dan sumbangan ini akan memberikan impak yang sangat besar untuk kekuatan moral disamping keperluan harian kepada saudara-saudara kita.
Dana Sumbangan yang dikumpulkan akan dibawa oleh Ustaz Muhamad bin Abdullah al-Amin sendiri mewakili tuan-tuan untuk membeli segala keperluan.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun seperti dibawah:

Maybank: Yayasan Al Amin 
5622 7260 3690

 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami:

019-6603643 (Cik Alia)
013-2893643 (En Hakim)
03-55232296 (Pejabat)


Semoga setiap usaha pengorbanan kecil kita dihitung sebagai saham akhirat nanti Amin.